Monday, July 7, 2008

PROTES!!




Salam dihulurkan buat sekalian...

06.07.2008 ( 6.15 petang)

D-3-10 - setelah berbincang keputusan plan untuk menghadirkan diri ke stadium kelana jaya (Protes) telah diluluskan....
( Syira dengan Uncle zaidin)

hehehe,sampai hajat juga nak tengok secara dekat bagaimana sejuta rakyat melaungkan ketidak puas hati terhadap kerajaan BARISAN NASIONAl yang anda maklum semuanye NAIK tak TURUN2.....( Minyak,Beras)mungkin selepas ini mungkin ada yang menyusul selagi BARISAN NASIONAL tak TURUN......


Sebelum tu singgah dulu kat Serdang....g ambik adik Zaidin yang ingin turut serta melaungkan TURUN,TURUN,TURUN sampai TURUN

Dalam kereta sempat lagi.....membualkan betapa kotornye taktik BARISAN NASIONAL......
Dalam tak sedar tepat jam 7.45 kami sampai di masjid KELANA JAYA menunaikan solat fardhu magrib..... selepas solat kami bergegas berjalan kaki ke stadium walaupun bergelap....

Meriahnye tak terkata apabila sudah sampai ke stadium dengan berbagai2 juadah yang di jual dan juga barang2 perhiasan diri,tak juga ketinggalan tshirt,lencana,bendera,lambang PROTES!!! apa lagi kami berempat membelinye..menunjukkan kami juga prihatin...

jam 8.30 kami mula mencari tempat untuk mendengar suara pejuang2 mengatakan kebenaran bukanye temberang....seorang demi seorang menunjukkan kehebatan pejuang2 kebenaran... tengah syok mendengar Puteri kami nak g tandas pulak...tapi tak mengapa ada bagusnye....dapat tengok ANWAR IBRAHIM dan AZIZAH secara dekat dan anak2nye jugak...

No comments: